Setiap menjelang sambutan Pesta Kaamatan, pertandingan Sugandoi merupakan acara yang ditunggu-tunggu selain Unduk Ngadau.

Edisi tahun ini merupakan edisi ke-31 sejak pertandingan yang dahulunya dikenali sebagai Bintang Kaamatan ini dianjurkan pada tahun 1987.

Ramai bakat hebat tercungkil menerusi pertandingan ini. Beberapa nama yang anda kenal seperti Rosario Bianis (Juara Bintang RTM 2016), Esther Applunius (Naib Juara OIAM (2009), Rey Kimara (Juara Bintang RTM 2007) Apprlissa Sue Ann (3 Juara TV3 2016) dan Heidi Vanessa (Naib Juara Bintang RTM 2018) bermula dari pertandingan ini.

Uniknya pertandingan ini turut membuka peluang kepada golongan kanak-kanak & veteran menerusi Sugandoi Dazanak & Sugandoi Songkotoun.

Namun pertandingan ini bakal menyaksikan beberapa perubahan besar pada edisi kali ini.

5 Pembaharuan Sugandoi Kaamatan 2019;

1. Umur kelayakan bermula 16 tahun ke atas
2. Johan Sugandoi sebanyak DUA kali di peringkat daerah (mana mana kawasan) tidak layak menyertai.
3. Kategori Songkotoun ditiadakan dan diganti dengan cadangan senarai lagu lagu lama KDM (60s-90s).
4. Orkestra mengiringi Finalis Sugandoi Negeri 2019.
5. Penyertaan Sugandoi Dazanak dibuat melalui penghantaran rakaman video persembahan kepada penganjur Sugandoi Negeri 2019.

Sumber : Facebook Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019)

Bagaimana pendapat anda mengenai pembaharuan ini? Yay or Nay?