Selepas kejayaan musim pertama siri Borneo Jungle Diaries, pihak SZtv (ScubaZoo TV) kini mengumumkan musim ke-2 bagi siri tersebut bakal ditayangkan bermula dalam hujung bulan ini.

Menampilkan Alexandra Alexander sebagai host baru, siri ini akan memaparkan dunia hidupan liar di sekitar Sabah serta kajian dan konservasi yang telah dijalankan di Danau Girang Field Centre (DGFC).

Alexandra Alexender ketika memberi taklimat mengenai siri tersebut.

Kemudian siri ini akan terus mendalami kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis dan pembantu saintis dari DGFC, untuk lebih memahami hidupan liar di Sabah, serta memahami interaksi terhadap pembangunan yang dijalankan oleh manusia, yang pastinya menarik untuk disaksikan oleh pelbagai golongan samada tua atau muda, dalam negara atau luar negara.

Nantikan!