Makeup Artist dan Performer, Carl’s Evert akhirnya memiliki lagu sendiri. Lagu tersebut bertajuk Masih Terasa, ciptaan sepenuhnya oleh Ateng (Baha Tungau Studio).

Uniknya, debut single beliau ini dilancarkan dalam versi akustik terlebih dahulu sebelum versi studio yang bakal dirakamkan di Macam Macam Music dibawah kelolaan komposer tempatan, Jonathan Tse.

“Saya amat teruja dan berdebar.” Kata Carl’s ketika ditanya mengenai pelancaran single miliknya pada pukul 4 petang, hari ini 17 Januari 2019 di saluran YouTube GingKaras TV.

“Lagu ini adalah tentang sebuah kisah percintaan yang tidak berjaya, ditinggalkan.. lalu terkenang kisah-kisah ketika masih bersama..” Kata Beauty Influencer berusia 22 tahun itu.

Versi Akustik ‘Masih Terasa’ akan diringi petikan gitar dari Ateng.

“Kepada anda diluar sana yang pernah mengalami kisah seperti ini, saya doakan anda dapat kehidupan yang lebih baik selepas ini.” Ujarnya.

Dijangka versi studio akan dikeluarkan dalam bulan Februari tahun ini.

Untuk anda, buka saluran GingKaras TV di YouTube pada jam 4 petang ini, saksikan single ‘Masih Terasa’ versi akustik dari Carl’s Evert diiringi petikan gitar dari Ateng, dengan kolaborasi bersama Macam Macam Music.