Juara Mentor Milenia 2017, Elica Paujin buat julung kalinya beberapa hari yang lalu telah melancarkan lagu berbahasa dusun.

Single tersebut bertajuk Araatan, ciptaan sepenuhnya oleh komposer & penyanyi tempatan, Benn Simon Bukag.

Berentak balada, lagu ini dilihat sangat sesuai dengan vokal Elica yang mempunyai range yang tinggi. Lagu ini telah menyerlahkan kekuatan yang beliau ada.

Anda boleh dengar lagu ‘Araatan’ di saluran Youtube Benn’s Studio.

Kepada anda yang belum mendengar lagu tersebut, bolehlah berkunjung ke laman Youtube Benn’s Studio untuk mendengarnya.

P/S: Araatan bermaksud benci atau tidak suka.