Friendship Concert 2019: a Celebration of Voices merupakan sebuah konsert koir yang dianjur bersama oleh Adsone Matthew Mitty Gabu daripada In Unity Chorale (IUC), Lesley George daripada
The Male-Efficient (TME), dan juga Hezron Gulon daripada Koir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dengan kerjasama daripada Dr. Ian Baxter, ketua program muzik di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Friendship Concert 2019 bakal mengeratkan hubungan antara kumpulan koir di Sabah.

Konsert ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara kumpulan-kumpulan koir di Sabah dan seterusnya
menjulang martabat nyanyian koir di Sabah.

Konsert ini bakal berlangsung pada 30 Mac 2019 (Sabtu), jam 7:30 malam dan bertempat di Dewan Resital UMS.

In Unity Chorale. Sumber : Instagram.

Tiga buah kumpulan koir iaitu IUC (mewakili Malaysia ke Filipina untuk Budayaw Festival – 2017 BIMP-EAGA Festival of Cultures), TME (Pemenang
dua pingat emas dalam kategori Koir Lelaki dan Pop & Jazz, 7th Bali International Choir Festival 2018
di Bali, Indonesia) dan DBKK (Pemenang pingat perak dalam 16th Malaysian Choral Eisteddfod 2018 – International Choral Festival di Kuala Lumpur, Malaysia) akan mempersembahkan lagu-lagu yang terdiri daripada pelbagai genre seperti lagu rakyat, klasikal, pop dan lain-lain lagi. Selain itu, kumpulan koir UMS Ensemble di bawah pimpinan En. Adsone Matthew juga bakal menyerikan konsert ini.

The Male-Efficient. Sumber: Instagram.
Koir DBKK. Sumber: Instagram.

Selain itu, GingKaras talent seperti Keewon, Carl Evert dan Joe Japrin juga akan membuat penampilan khas sebagai artis undangan bagi memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Sebarang
pertanyaan tentang konsert ini bolehlah berhubung dengan En. Adsone Matthew (016-8400576), En. Lesley George (019-8014284) dan juga En. Hezron Gulon (014-5586419).