Setinggi-tinggi tahniah buat Jonathan Tse yang tercalon dalam VIMA Music Award 2018 untuk kategori SKOWT-VIMA Pop Song Of The Year 2018.

Penyanyi & komposer tempatan itu tercalon menerusi lagu ‘Ku Tuliskan lagu’, sebuah single yang dikeluarkan pada Ogos tahun 2017.

Jonathan Tse tercalon melalui lagunya ‘Ku Tuliskan Lagu’

Jonathan Tse yang sebelum ini popular dengan lagu ‘Apa Macam’, ‘Mana-mana saja’ & ‘Angkol’ itu akan bersaing dengan 39 lagi lagu untuk anugerah tersebut, mereka datang dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Belanda & Estonia.

Seorang lagi rakan artis dari Sabah, Beverly Matujal turut tercalon dalam kategori tersebut menerusi lagu ‘If I Fall In Love.’

‘If I Fall In Love’ dendangan Beverly Matujal turut tercalon

VIMA Music Award merupakan sebuah anugerah muzik indiependent yang pertama di Asia. Platform ini mengikhtiraf mana-mana ahli seni suara tidak kira indie atau main stream di sekitar Asia.

Ditubuhkan sejak 2008, beberapa nama besar dari Malaysia sudah pernah memenangi anugerah di platform ini seperti Yuna, Joe Flizzow, Altimet dan Bunkface.

Kini Jonathan Tse berpeluang untuk berada sebaris dengan mereka, namun beliau perlu bantuan dari rakyat internet dan pengguna media sosial.

Lagu beliau perlu diundi di pautan ini. Klik Sini.

Jom sokong artis lokal!

Jom Sabahan semua, kita ‘sapot’ si Jon!