Pelantun lagu ‘Hujung Pelangi’, Leo Danniel baru saja mengeluarkan single terbarunya yang berjudul ‘Sentiasa Dihati’.

Lagu tersebut merupakan ciptaan beliau sendiri dan hasil bantuan rakan-rakan dalam bidang muzik.

Lagu tersebut kini sudah boleh didengarkan di saluran YouTube Macam Macam Music.

Leo Danniel berada dibawah naungan Macam Macam Music

Bercakap mengenai lagu tersebut, katanya, “lagu ini bagi saya adalah mengenai penghargaan.

“Inspirasi saya buat lagu ini datang dari penyokong-penyokong yang sering bertanya bila ada karya baru.

“Sekurang-kurangnya saya tahu, walaupun tidak ramai tapi ada dari mereka yang menantikan lagu baru dari saya.

“Jadi lagu ini adalah penghargaan saya kepada mereka yang terus menyokong.” Katanya.

Beliau menyambung, “Tapi lagu ini boleh juga dijadikan lagu cinta atau apa saja yang berkaitan dengan lirik lagu. terpulang pada pendengar.”

Ditanya mengenai kelainan lagu terbaru dengan lagu ‘Hujung Pelangi’, katanya lagu kali ini lebih santai. Lagu yang kita boleh nyanyi bersama.

“Setiap lagu ada emosi dan penyampaian yang berbeza. Hujung Pelangi lebih deep dan beremosi sedih dengan mesej untuk tidak berputus asa.”

“Lagu kali ini lebih easy going. Jenis lagu yang kita boleh sing along.” Ujarnya

Leo Danniel sebelum ini popular dengan lagu ‘Hujung Pelangi’. Mendapat 28 ribu tontonan di YouTube.

Dalam pada itu beliau yang juga vokalis kumpulan Patin Band sebelum bergerak solo, mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan sepertinya tidak lama lagi akan ada lagi lagu baru dari beliau!

Patin Band pernah popular dengan lagu ‘Masih Disini’ pada tahun 2016.

Dari GingKaras.com, tahniah buat Leo Danniel & Macam Macam Music atas single terbaru ini. Semoga single ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan mampu mengangkat karier beliau ke satu tahap lagi.

Ikuti Leo Danniel (@leo.danniel) dan Macam Macam Music (macammacammusic) di Instagram untuk mengetahui perkembangan terbaru mereka, dan jangan lupa dengarkan ‘Sentiasa Dihati’ di YouTube channel Macam Macam Music.