Pelajari teknik solekan hebat daripada Selebriti Jurumekap Nombor 1 Malaysia, Sheila Mohamad!

Istimewa kepada jurusolek di Sabah, sama ada yang profesional atau bukan, kini berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik solekan yang hebat bersama jurusolek artis (MUA) terkenal, Sheila Mohamad di Kota Kinabalu, bulan hadapan.

Kelas solekan yang diberi nama ‘Grand Diva Make Up Class’ itu julung kali diadakan di negeri bawah bayu dan ia bakal berlangsung di Hotel Pan Borneo, Putatan, pada 21 April depan.

Grand Diva Make Up Class

Nama Sheila Mohamad sememangnya tidak asing lagi di kalangan MUA di negara ini, beliau yang memiliki pengalaman selama 24 tahun sebagai MUA pernah menjadi jurusolek bagi artis-artis terkemuka Malaysia termasuklah Miss Universe Demi Leigh, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Neelofa, Fazura, Noryn Aziz, Liza Hanim, Lisdawati, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Sheila mula menceburkan diri dalam industri persolekan pada 1995 dan pernah menimba ilmu dalam bidang berkenaan di Showface Make Up Artistry, Sidney di Australia pada tahun 2000.

Nama beliau kemudian terus naik apabila muncul juara pertandingan solekan anjuran Majalah Pengantin pada 2006 dan sejak dari itu, beliau tidak putus-putus menerima tawaran daripada artis-artis popular yang mahukan khidmat solekannya.

Jangan lepaskan peluang!

Pada ‘Grand Diva Make Up Class’ yang bakal diadakan nanti, para peserta akan mempelajari pelbagai teknik solekan termasuk teknik bagaimana solekan yang akan ‘kekal selamanya!’.

Selain itu, teknik-teknik lain yang bakal diajar ialah bagaimana untuk menggunakan Foundation dengan cara yang betul, cara persediaan kulit sebelum bersolek serta bagaimana untuk menggunakan berus solekan dengan cara yang betul.

Apa yang lebih menarik, lima peserta yang mempersembahkan solekan terbaik bakal memenangi hadiah istimewa berupa produk kecantikan yang bernilai RM5,000 daripada penganjur!

Yuran pendaftaran bagi menyertai kelas ini hanya RM799 dan istimewa bagi peserta yang mendaftar lebih awal sebelum 21 Mac 2019, mereka akan mendapat diskaun 50 peratus iaitu hanya RM399 sahaja dan ia terhad kepada 100 peserta terawal saja!

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut mengenai ‘Grand Diva Make Up Class’ bolehlah menghubungi menerusi Whatsapp di nombor 013-6878810.