GingKaras adalah sebuah media online yang bertindak sebagai platform bagi mempromosikan apa sahaja yang berkaitan dengan Negeri Sabah seperti acara-acara, produk tempatan atau tempat-tempat yang menarik. Malahan, GingKaras juga mengurus beberapa individu yang berbakat di Sabah, membantu mereka mencapai potensi bakat mereka. GingKaras TV pula menyediakan video-video ‘sederhana’ yang boleh dijadikan alternatif bagi mereka yang mencari hiburan di dunia internet.

Mengapa kami memilih nama GingKaras?

GingKaras merupakan istilah, panggilan dan ungkapan yang merujuk kepada perhubungan persahabatan yang begitu erat di antara dua, tiga atau ramai kawan dalam sesebuah kumpulan.

Melihat kepada perhubungan yang sedia terjalin dalam kalangan pekerja atau kakitangannya, maka pihak pengurusan Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd telah sebulat suara memilih nama GingKaras sebagai nama yang bakal menjadi jenama baharu mewakili syarikat produksi berkenaan.