Penampang:Program yang di panggil 3 dalam 1 iaitu penganjuran Sabah Food Festival, Sabah Homestay Carnival dan Pelancaran Experiencesabah.com sebagai portal bagi membuat penempahan Penginapan di Homestay Sabah secara online, ini merupakan julung kalinya diadakan secara smartpartnership oleh Koisaan Cultural Village, Sabah Homestay Association dan Hostastay dalam memajukan industri Pelancongan dengan mempunyai gagasan dalam memperkasakan pembangunan industri masing-masing. Program ini akan diadakan pada tarikh 13hb hingga 16hb Disember di Koisaan Cultural Village KDCA. Program ini akan dilancarkan pada 14hb Disember 2019 dan dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, seni dan Budaya Malaysia YB Datuk Mohammaddin Bin Haji Ketapi. Disepanjang Festival dan karnival ini berlangsung pelbagai program telah diatur untuk memeriahkan lagi suasana selama 4 hari ini. Di antaranya adalah penjualan pelbagai juadah makanan yang dijual oleh para penjaja, persembahan kebudayaan dan kesenian etnik, demonstrasi pembuatan kraf, penjualan makanan esotik, minuman serta program-program berunsurkan pendidikan khusus untuk kanak-kanak sekolah dan lain-lain.

Program yang di panggil 3 dalam 1 iaitu penganjuran Sabah Food Festival, Sabah Homestay Carnival dan Pelancaran Experiencesabah.com

Program ini terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat Ke Sabah, para ahli-ahli KDCA dan pengusaha-pengusaha Homestay diseluruh Sabah untuk memperkenalkan produk mereka iaitu portal bagi membuat tempahan online melalui experiencesabah.com. Pihak Penganjur juga mengalu-alukan masyarakat tempatan disekitar daerah Penampang dan Kota Kinabalu dan orang awam di seluruh Sabah khasnya dan Malaysia amnya untuk memberi sokongan serta membantu dan menyokong untuk menjayakan program ini.

 

 

Dalam usaha untuk menjayakan program yang 3 dalam 1 ini, beberapa usaha telah dilakukan bagi memajukan industri Pelancongan yang memberi ruang dan peluang kepada usahawan menjual pelbagai jenis makanan. Setiap etnik di Sabah mempunyai ’signiture dish’ yang unik berdasarkan kepelbagaian penduduk, budaya serta geografi seperti KadazanDusun, Bajau, Cina, Melayu Brunei dan lain-lain lagi. Asas pengetahuan dalam bidang masakan dan pemakanan ini sebenarnya agak penting tetapi sering dipandang ringan oleh sesetengah individu. Oleh itu, program ini dapat memberi peluang kepada orangramai untuk menikmati jualan makanan sambil berhibur dengan pengisian program yang berkonsepkan kebudayaan. Di sepanjang 4 hari ini mereka akan memperkenal dan memasarkan produk serta perkhidmatan mereka masing-masing di samping mengeratkan perpaduan dalam suasana berpesta sesuai dengan tema festival ini Eat, Enjoy and Learn.