Saibie Saiba, 26, berasal dari Kota Marudu bakal menjadi salah seorang peserta untuk program pencarian bakat terbaharu dari TV3 iaitu ‘Lagu Cinta Kita’.

‘Lagu Cinta Kita’ yang merupakan sebuah program realiti mencari pasangan duet akan disiarkan buat julung kalinya menerusi saluran digital, Youtube TV3 Malaysia.

Program realiti ini akan menguji keserasian setiap pasangan selain melahirkan lebih ramai pasangan duo yang hebat dalam dunia nyanyian.

Menampilkan Nana Mahazan sebagai Host, program ini turut menyaksikan pemenang AJL terbaru, Hael Husaini menjadi juri tetap ditemani oleh Scha Alyahya.

Saibie Saiba berswafoto bersama salah satu juri, Scha Alyahya.

Anda boleh saksikan Saibie Saiba dalam program tersebut bermula pada 19 & 20 April (Jumaat & Sabtu) di saluran Youtube TV3 Malaysia, Jam 9 malam. Manakala siaran ulangan di siaran televisyen TV3 pula akan menyusul setiap hari ahad bermula 21 April, jam 3 petang.