Bulan pertama di tahun 2019 beberapa selebriti tempatan sudahpun mengeluarkan lagu single. Tidak ketinggalan juga Sakinah vs Ondu yang baru saja memasarkan lagu terbarunya bertajuk ‘Abang Duda’.

Lagu tersebut sudah boleh didengarkan di saluran YouTube beliau, dalam versi video lirik. Manakala muzik video akan menyusul dalam masa terdekat, kemungkinan pada bulan Februari 2019. Namun video promo bagi muzik video tersebut sudah boleh ditonton juga dalam saluran YouTube beliau.

Video Promo Muzik Video Abang Duda.

“Mesej dalam lagu ini adalah untuk memberitahu para gadis diluar sana, daripada merampas suami orang, lebih baik dekati duda.” Ulas Make up artist tersebut mengenai lagu itu.

“Namun harus hati-hati kerana ada juga duda yang buaya.” Beliau menyambung.

Lagu ‘Abang Duda’ yang dirakamkan di Pusakag Studio itu merupakan ciptaan Sakinah sendiri hasil kerjasama dengan Widad Entertainment, manakala muzik video yang bakal dikeluarkan nanti adalah hasil suntingan Boy GT.

Sakinah yang juga merupakan ‘King Of Parody’ Sabah sebelum ini pernah hit dengan lagu Kenangan Dulu-dulu.

Ikuti Sakinah di Facebook pada kata kunci Sakinah Vs Ondu Network, dan Instagram dengan kata carian sakinahvsonduofficial untuk mengetahui segala perkembangan beliau.