Dalam satu temubual dalam Begitu Begini DJ Nazz terbitan THR Gegar, SonaOne ditanya siapakah rapper top 3 pilihan beliau ketika ini.

Dengan mengecualikan Altimet, Joe Flizzow dan Malique, beliau memilih Tuju dari kumpulan K Clique sebagai pilihan nombor satu beliau.

“Kita letak tepi Altimet, Joe Flizzow, Malique. Sebab diorang memang juara.”

“Tapi untuk ini saya punya top 3 rasa Reefa, Tactmatic.. nombor 1 kalau bagi saya sekarang Tuju dari K Clique.” Kata rapper yang popular dengan lagu ‘No More’ itu.

“Dia sangat mengagumkan. Dia punya cara lain, unik, dia punya cara nyanyi pun saya sangat suka.”

“Saya rasa dia akan ada masa depan yang cerah.” Beliau menyambung.

Tuju K Clique. Sumber : Instagram

Tuju merupakan salah seorang anggota kumpulan Hip Hop berpangkalan di Kota Kinabalu yang sedang meningkat naik, iaitu K Clique. Beberapa single dari mereka seperti ‘Lane Lain Line’ dan ‘Sah Tu Satu’ mendapat rating yang begitu menggalakkan dimana masing-masing mendapat 2.3 Juta dan 3.2 Juta tontonan di Youtube. Wow!

Tuju juga sudah mengeluarkan single solo bertajuk ‘Licik’ yang sudah mendapat 1.3 Juta tontonan di Youtube selepas 5 bulan disiarkan. Malah khabarnya 29 Mac ini beliau akan mengeluarkan lagi sebuah lagu solo bertajuk ‘Warna’ bergandingan bersama MK, juga salah seorang ahli K Clique.

Sebahagian dari ahli K Clique. Dari kiri Noki, SOMEAN, Gnello, Tuju, Fareedpf & MK. Sumber : Google

Dalam pada itu, beliau juga sudah dijemput oleh Joe Flizzow dalam sesi 16 Baris musim kedua. Begitu juga dengan ahli K Clique yang lain seperti MK, Gnello, Fareedpf dan SOMEAN.

Anda boleh ikuti perkembangan K Clique di Instagram (k_clique) dan Tuju (azreewhut).