Elica Paujin bakal muncul dengan single baru dalam masa terdekat. Lagu yang diberi judul ‘Kau Lah’ itu ditulis oleh Bunga Cantik, dan komposernya ialah Hang Nadim & Laq.

Bercerita mengenai lagu itu, katanya “Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang telah berubah dan ingin membalas dendam selepas ditinggalkan oleh kekasihnya!” Wah macam nda boleh bawa bincang sudah ni. Hihi

“Proses menyiapkan lagu ini mengambil masa lebih kurang 2 bulan.” Sambungnya.

Elica umumkan single barunya di Instagram

   

Ditanya apa beza lagu baru ini dengan lagu sebelum ini, ujarnya “Kali ini saya mencuba untuk muncul dengan lagu rancak sebab saya memang selama ini mahu ada lagu rancak.

“Ramai orang tahu saya suka menari jadi kenapa tidak kali ini saya muncul dengan lagu yang fast.”

Ditanya samada lagu baru ini berganrekan K-pop, “Yes ala-ala K-pop lah konon ni.” Katanya.

Penampilan terbaru Elica. Fuhh

Sebelum ini Juara Mentor Milenia 2017 itu pernah muncul dengan lagu ‘Bila Nanti’, juga hasil sentuhan Hang Nadim dan Laq. Setakat ini suda mendapat 52 ribu tontonan di YouTube selepas setahun lebih dikeluarkan.

Untuk lagu baru ini, penyanyi yang berasal Daerah Tambunan itu berharap akan lebih mendapat sambutan dari orang diluar sana serta jika ada rezeki akan mendapat pencapaian yang lebih tinggi lagi.

“Mungkin lagu kali ini akan ada Muzik Video.” Tambahnya. Merujuk kepada lagu ‘Bila Nanti’ yang hanya memiliki video lirik rasmi.

Elica di Studio GingKaras pada bulan Jun lalu untuk Live Facebook Layan Akustik.

Mengenai tarikh pengeluaran lagu ini, katanya “Dalam bulan ini (November 2018). Tapi masih dalam perbincangan untuk memilih tarikh yang sesuai.”

P/S : Dari kami GingKaras, kami sangat teruja menantikan lagu ‘K-pop’ Elica ini kerana kami percaya Elica sangat berbakat membawakan lagu seperti itu. Buktinya beliau menjadi wakil Malaysia ke Festival K-Pop Dunia Changwon 2018 dalam kategori vokal pada Oktober lalu. Kami percaya lagu ini menandakan kemajuan karier Elica dalam industri hiburan. Sama-sama kita nantikan lagu ‘Kau Lah’ ini.

Persembahan Elica di Pusingan Penentuan Festival K-Pop Dunia Changwon 2018.